Selasa, Februari 01, 2011
Rabu, Januari 19, 2011
INTAN & SIDIQ
Penutup 2010 memberikan kami kepuasan kerana kami berpeluang untuk cover majlis perkahwinan untuk kedua-dua pihak iaitu pihak perempuan dan juga pihak lelaki. Pasangan yang romantis ini sememangnya tidak ada masalah sepanjang bekerjasama dengan kami. Apatah lagi Intan yang sememangnya seorang yang suka berposing. Bagaikan model yang sudah biasa dengan posing, Intan & Sidiq tidak kekok dalam mengikut art direction dari kami.
Dikesempatan ini kami ingin kongsikan sebahagian daripada Custom Album mereka untuk tatapan anda semua. Enjoy... :)
Jumaat, Januari 07, 2011
PENGANTIN PENUTUP TAHUN 2010
Inilah wajah pengantin penutup tahun 2010 daneCreative photographix. Pasangan Intan & Sidiq. DC telah berpeluang untuk cover majlis mereka dari A - Z. Iaitu dari hari pernikahan, resepsi di rumah Intan sehinggalah majlis di rumah Sidiq. Kepada pasangan ini, harap bersabar kerana custom album anda dalam pembikinan... :)
EZAN & DYA
Ezan & Dya atau nama sebenar mereka ialah Muhammad Fauzan & Noor Hidayah. Jika pasangan sebelum ini iaitu Irim & Fuad agak malu-malu untuk berposing, lain pula dengan pasangan ini. Mereka berdua ini memang tidak ada masalah dalam berposing terutama Dya yang tak kekok di hadapan kamera. Hasilnya, kami secara tidak sedar merakamkan gambar mereka lebih dari 800 keping! hahahhaha.
IRIM & FUAD
Kali ini kami kongsikan hasil dari majlis perkahwinan Irim & Fuad. Kali ini kami banyak bermain dengan tona warna. Walaupun pasangan ini malu-malu kucing semasa mereka di capture oleh lensa kami, namun ribuan terima kasih kerana memberikan komitmen yang baik kepada kami. Senang bekerjasama dengan mereka berdua walaupun pada hakikatnya mereka ini memang malu bila di minta berposing. Mungkin sebab itu agaknya mereka tidak mahu bergambar Outdoor! :)
MUHAMAD MAZNI & SAZRINA
From Sungai Besar with love! Pasangan ini mula jatuh cinta di Sungai Besar ketika mak dan ayah Mazni berkerja di Sungai Besar. Kini keluarga Mazni menetap di Shah Alam. Namun apa yang uniknya, majlis resepsi Mazni di adakan di Jitra, Kedah. Kampung halaman ibunya yang berasal dari sana.
Dikongsikan sebahagian daripada Custom Album mereka untuk tatapan anda semua. Adios...
TIPS BAKAL PENGANTIN # 1
Ada sesetengah mak andam atau saudara mara yang pakaikan bedak atau foundation kepada pengantin lelaki. Sebenarnya lelaki tidak sesuai dipakaikan bedak atau foundation sebab lelaki tidak pandai jaga make-up. Akibat berpeluh, si pengantin lelaki selalunya lap peluh tanpa sedar pada masa yang sama mengelap bedak atau foundation tersebut. Akibatnya muka akan jadi bertompok-tompok. Lainlah jika pengantin tersebut bersanding dalam dewan yang berhawa dingin. Natural adalah yang terbaik kepada pengantin lelaki.
Selasa, Disember 21, 2010
SAIFULLAH & NOOR KHADIJAH
( sila klik "BACA LAGI" untuk keseluruhan artikel )
Perkahwinan kali ini agak istimewa kerana ini adalah kali pertama kami cover perkahwinan seorang pegawai tentera TLDM. Selama ini kami sudah cover majlis perkahwinan yang melibatkan pegawai polis, pegawai tentera darat, pegawai bomba dan pegawai Maritim. Jika selepas ini kami dapat cover majlis perkahwinan pegawai tentera TUDM, maka lengkaplah semua koleksi semua jenis pasukan keselamatan negara kita! hahahahha...
Majlis pernikahan atau akad nikah ini dilakukan di salah sebuah surau di Manjoi dan pada hari tersebut memang havoc sikit sebab terdapat 3 pengantin yang di akad nikahkan disitu. Walaubagaimanapun Leftenan Saifullah memang best sebab dapat mengakad hanya sekali lafaz. Alhamdulillah... :) Noor Khatijah yang melihat dari kejauhan tersenyum lebar, mungkin kerana terasa bahagia di mana pada hari tersebut, dunia menyaksikan penyatuan cinta antara mereka berdua...
Pada hari resepsi atau bersanding, pasangan pengantin lelaki telah di arak dengan paluan muzik persilatan melayu diringi dengan beberapa orang pegawai tentera TLDM yang melakukan upacara istiadat perkahwinan ala tentera yang di akhiri dengan kedua-dua pasangan pengantin berjalan di bawah pedang...
Majlis mereka pada hari tersebut dimeriahkan dengan persembahan silat oleh pesilat dari Pertubuhan Silat Banten Betawi sambil diiringi dengan muzik ala-ala nobat di raja... Pengantin pada hari itu juga mengenakan persalinan lain iaitu baju songket biru. Keayuan Noor Khadijah amat terserlah dengan persalinan tersebut. Kepada mereka berdua, kami ucapkan "Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga akhir nyawa..."
Khamis, Disember 09, 2010
AZIZUL & AIDA
Azizul dan Aida.... Seorang dari Perak dan seorang dari Kedah.... kalau dah jodoh, tidak kira dari masa kita berasal. Aida atau Cikgu Aida kini mengajar di sebuah sekolah di Selama, Kedah manakala Azizul pula kini sedang bertugas di Putrajaya. Walaupun Aida kelihatan malu-malu dan Azizul aku tahu seorang yang tidak suka bergambar, tetapi pasangan ini memang amat sempoi semasa hari persandingan mereka. Sempoi yang amat sehinggakan kami berasa sangat enjoy semasa melakukan sesi fotografi walaupun kebanyakkan lokasi yang di ambil mengundang ramai mata yang memandang...
Selasa, November 23, 2010
TAKWIM
Satu lagi aplikasi baru dimasukkan ke dalam blog ini. Takwim atau booking planner kami. Ini adalah untuk kemudahan pelanggan kami untuk merujuk kekosongan tarikh yang ingin ditempah. Sila hubungi kami untuk pertanyaan jika tarikh anda sudah ada 1 booking kerana kami boleh mengambil tarikh anda juga tertakluk kepada kekosongan rakan sekutu kami.
Sila klik ke tab "TAKWIM" di atas selepas ini.
Sila klik ke tab "TAKWIM" di atas selepas ini.
Sabtu, November 20, 2010
PENTINGNYA EDITING & TOUCH-UP
Siapa kata editing & touch-up tak penting?
Nak tahu penting atau tidak, cuba lihat perbezaan gambar di bawah.
Nak tahu penting atau tidak, cuba lihat perbezaan gambar di bawah.
Langgan:
Catatan (Atom)





























