Jumaat, November 12, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa khabar semua?

Selamat datang ke blog baru aku! Kalau dulu aku menggunakan domain danecreative.com tapi kini aku terpaksa 'park' sekejap blog aku di dalam domain blogspot ni. Sebabnya? sebabnya aku sedang memikirkan sama ada untuk terus kekal menggunakan nama danecreative atau tukar saja kepada nama lain. Ini kerana aku rasa ramai yang susah nak sebut danecreative. Sebutan yang betul adalah "dinkreatif". Hehehehe.... tu lah masalah aku nie.



Tahun 2011 semakin hampir. Banyak yang aku fikirkan tentang perancangan untuk tahun depan. Aku akan kemaskini balik senarai pakej fotografi aku dan tahun depan aku akan lakukan banyak promosi. Insya-Allah. Aku akan adakan pakej yang bersesuaian dengan budget untuk semua golongan.

Aku sedar.... ramai yang akan berkahwin dan ramai yang tidak mempunyai budget yang banyak untuk di peruntukkan untuk fotografi perkahwinan. Zaman sekarang nilai wang semakin kecil dan nilai harga barang & perkhidmatan semakin mahal. Semua harga dah naik! termasuklah kos untuk menghasilkan album perkahwinan! Ini adalah hakikat yang tidak dapat dielakkan!

Kepada mereka yang berbudget kecil, jangan bimbang! Aku akan cuba sediakan pakej yang bersesuaian dengan budget korang! Cuma korang pastikan sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Cuma yang pastinya pakej khas ini dikhususkan kepada pasangan yang berada di sekitar Ipoh & Chemor sahaja dan tarikh perkhidmatan sudah semestinya bukan pada cuti sekolah dan cuti umum. Ini aku anggap adalah khidmat komuniti aku kepada korang semua. Cuma harapan aku.... kalau korang ada sikit budget, pilihlah pakej yang sepatutnya kerana sayang kalau majlis perkahwinan korang tidak di abadikan sebaik mungkin.



Mungkin kata seorang kawan aku ni ada kebenarannya. Kalau bab persiapan kahwin seperti mak andam, pelamin, bunga telur, hantaran, goodies dll, orang boleh sediakan walaupun harga mencecah RM10,000 , apalah sangat berkira sekiranya peruntukkan dalam seribu dua untuk jurugambar abadikan kenangan majlis korang dalam sebuah album perkahwinan yang tentunya akan kekal hingga akhir hayat korang. Betul tak?

OK. titik! Aku harap mulai hari ini korang ikutilah perkembangan blog aku nie. Oh ya! sebelum aku terlupa! Nanti aku akan adakan promosi "customer get customer" yang nilai komisennya boleh mencecah sehingga RM300!!! Nak tahu? Nak join? Tunggu.......... :)

Wassalam!

Tiada ulasan: