( sila klik "BACA LAGI" untuk keseluruhan artikel )
Perkahwinan kali ini agak istimewa kerana ini adalah kali pertama kami cover perkahwinan seorang pegawai tentera TLDM. Selama ini kami sudah cover majlis perkahwinan yang melibatkan pegawai polis, pegawai tentera darat, pegawai bomba dan pegawai Maritim. Jika selepas ini kami dapat cover majlis perkahwinan pegawai tentera TUDM, maka lengkaplah semua koleksi semua jenis pasukan keselamatan negara kita! hahahahha...
Majlis pernikahan atau akad nikah ini dilakukan di salah sebuah surau di Manjoi dan pada hari tersebut memang havoc sikit sebab terdapat 3 pengantin yang di akad nikahkan disitu. Walaubagaimanapun Leftenan Saifullah memang best sebab dapat mengakad hanya sekali lafaz. Alhamdulillah... :) Noor Khatijah yang melihat dari kejauhan tersenyum lebar, mungkin kerana terasa bahagia di mana pada hari tersebut, dunia menyaksikan penyatuan cinta antara mereka berdua...
Pada hari resepsi atau bersanding, pasangan pengantin lelaki telah di arak dengan paluan muzik persilatan melayu diringi dengan beberapa orang pegawai tentera TLDM yang melakukan upacara istiadat perkahwinan ala tentera yang di akhiri dengan kedua-dua pasangan pengantin berjalan di bawah pedang...
Majlis mereka pada hari tersebut dimeriahkan dengan persembahan silat oleh pesilat dari Pertubuhan Silat Banten Betawi sambil diiringi dengan muzik ala-ala nobat di raja... Pengantin pada hari itu juga mengenakan persalinan lain iaitu baju songket biru. Keayuan Noor Khadijah amat terserlah dengan persalinan tersebut. Kepada mereka berdua, kami ucapkan "Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga akhir nyawa..."






Tiada ulasan:
Catat Ulasan