Sabtu, November 20, 2010

PENTINGNYA EDITING & TOUCH-UP

Siapa kata editing & touch-up tak penting?

Nak tahu penting atau tidak, cuba lihat perbezaan gambar di bawah.



Gambar pertama adalah gambar asal yang keluar dari kamera. Manakala gambar kedua adalah gambar yang telah diedit dan ditouch-up. Yang mana anda suka?

Jika kita lihat pada gambar pertama, ianya akan kemerahan atau lebih dikenali dengan istilah "reddish". Ini adalah masalah biasa kepada jurugambar. Dalam istilah photography, masalah ini dipanggil masalah "White Balance". Keseluruhan gambar pertama berwarna agak kemerahan kerana hasil dari pantulan cahaya kepada 'benda' yang berwarna merah.

Sebagai jurugambar, untuk menghasilkan gambar yang mempunyai kecerahan cahaya yang sama rata untuk foreground dan juga background, kita terpaksa bounce (pantulkan) cahaya flash ke atas supaya cahaya dapat tersebar dengan sempurna. Jadi, janganlah hairan jika melihat jurugambar menghalakan flash ke atas atau ke tepi dinding.

Gambar kedua ini juga memperlihatkan kulit muka pengantin ini telah menjadi "licin". Ini adalah salah satu perkara yang dilakukan oleh jurugambar khas kepada pelanggannya. Editing melicinkan kulit wajah seseorang juga sebenarnya agak remeh dan juga susah. Oleh itu kemahiran dan ketelitian tukang edit harus ada! Tahukah anda yang gambar model terkenal di majalah-majalah itu sebenarnya telah diedit? Ha..... kini anda sebagai model utamanya seharusnya memperolehi "privillage" yang sama!!!

p/s : terima kasih kepada Theartsoul (OP)

Tiada ulasan: