Selasa, November 16, 2010

SYIKIN & EXD



Syikin & Exd (panggil Edy) satu pasangan yang unik. Syikin merupakan seorang Majestric di Mahkamah Seksyen Manjung manakala Exd pula adalah Ketua Bahagian Ketenteraman Awan & Trafik di IPD Gua Musang, Kelantan. Si suami penguatkuasa undang-undang manakala si isteri pula menghakimi undang-undang. Ha.... walaupun kedua-dua mereka ini serius semasa menjalankan tugas masing-masing, namun sepanjang tempoh singkat aku mengenali mereka, ternyata kedua-dua mereka memang sporting ya amat! Exd selamba suruh aku panggil namanya sahaja tanpa gelaran "tuan" dan begitu juga dengan Syikin.


Majlis Resepsi sebelah pihak pengantin perempuan di adakan di Dewan Institut Latihan Perindustian (ILP) di Taman Meru, Ipoh di mana telah dihadiri tetamu yang aku anggarkan hampir 2,000 orang! Pertama kali dalam sejarah aku apabila menyaksikan barisan tetamu yang beratur panjang hingga ke luar dewan untuk mengambil makanan yang disediakan secara katering. Sungguh meriah!

Kehadiran pengantin lelaki pula telah disambut dengan salah satu adat yang aku sendiri kurang pasti. Cuma aku difahamkan bahawa keluarga Syikin ini berasal daripada Negeri Sembilan. Mungkin adat Minang kot! Pengantin lelaki di arak dengan ditutupi kain batik sehinggalah bertemu dengan pengantin perempuan. Selepas itu kedua-dua pasangan pengantin disiram dengan air yang ditakung dalam sejenis daun yang besar... Emmmm...

Tiada ulasan: