Jika 10 tahun dahulu ramai yang tidak begitu tahu tentang custom album. Kini ramai yang tahu dan mahu memotretkan kenangan manis hari perkahwinan mereka dalam Custom Album. Walaupun Sticky Album masih releven (kerana murah), permintaan kepada Custom Album semakin meningkat dan ini secara tidak langsung membawa kepada beberapa evolusi dalam segi rekaan dan custom album itu sendiri. Kini terdapat lebih dari 10 jenis medium custom album. Yang membezakannya adalah dari segi material dan yang paling penting sudah tentulah dari segi olahan grafiknya!
Berbagai cara olahan grafik ini bergantung kepada kepakaran tukang designnya dan juga konsep yang difokuskan dalam penyampaian grafik yang dilakukan. Terdapat dari segi yang paling ringkas sehinggalah kepada yang paling kompleks sehinggakan ramai yang menilaikannya sebagai "WOW"! Perbezaan inilah sebenarnya yang turut mempengaruhi harga sesebuah pakej custom album itu selain dari teknik fotografi dan kecanggihan peralatan fotografi yang digunakan. Ramai bakal pelanggan atau pengantin yang tidak terfikir tentang perkara ini. Malah ramai yang tidak pernah pedulikan apa peralatan yang jurufoto gunakan. Janji yang penting adalah hasil outputnya iaitu custom album. Ha! kini anda nampak kan betapa pentingnya peranan orang yang terlibat dalam penghasilan sesebuah custom album itu!
Sesebuah custom album yang baik memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk disiapkan kerana penting kepada pereka untuk mereka konsep dan juga mengolah gambar yang diambil menjadi lebih baik daripada yang terbaik! Muka yang jerawat perlu dilicinkan, kulit yang hitam perlu dicerahkan dan memang proses editing ini memenatkan otak dan fikiran. Itulah seni namanya! dan saya percaya, anda yang matang ini sudah tentunya sedar akan nilai sebenar sesebuah karya seni itu, kan?



Tiada ulasan:
Catat Ulasan