Sabtu, November 13, 2010

Outdoor Potraiture - Post Wedding

Aku ingat lagi 7 tahun dulu, ramai pengantin yang aku offer untuk shoot outdoor untuk post wedding mereka tetapi ramai yang menolak walaupun aku offer mereka FOC! Malu! kata mereka. hahahaha. Tapi kini dengan perkembangan revolusi fotografi perkahwinan yang secara tidak langsung dibantu oleh perkembangan pengetahuan internet dikalangan bakal pengantin membuatkan sesi outdoor ini WAJIB dalam setiap pakej fotografi oleh semua photographer perkahwinan! Kini, senario melihat pengantin bergambar di taman bunga, kawasan rekreasi, tengah pekan dah menjadi sesuatu yang lumrah! Malah ada juga yang melakukan fotografi di malam hari dan jangan terkejut jika korang melihat pengantin posing di tengah-tengah jalanraya!


Bagi aku.... sesi outdoor ini penting! sebab? sebab kalau asyik bergambar dalam rumah ni agak bosan! hahahaha. Sebenarnya sesi outdoor ini memberikan kelebihan kepada jurufoto untuk mengoptimumkan potensi kreativiti mereka dalam memotretkan pasangan pengantin. Keterbukaan diluar akan memberikan mood yang tenang dan santai kepada pasangan pengantin kerana aku faham selalunya di rumah, pengantin agak tertekan kerana fokus mereka kepada hadirin yang hadir. Mereka perlu menjaga hati hadirin yang hadir terutama saudara mara dan kenalan rapat mereka. Selain itu juga mereka agak 'segan' jika ingin berposing apabila gelagat mereka diperhatikan oleh khalayak ramai apatah lagi kalangan saudara 'baru' mereka. Di luar, mereka bebas. Yang memerhatikan mereka adalah orang luar dan mereka tidak ambil 'pot'!

Selalunya proses mengambil gambar pengantin semasa sesi outdoor ini berlangsung dengan pantas. Mood dan fokus jurugambar juga tidak terganggu. Malah ada ketikanya jurugambar berjaya merakamkan gambar pengantin lebih dari 3 lokasi yang berbeza. Ini adalah bonus sebenarnya kepada pengantin. Nasihat aku kepada pasangan bakal pengantin, korang pastikan sesi outdoor ada dalam pakej fotografi perkahwinan korang! rugi jika korang menolak!

Untuk sesi outdoor ini juga sebenarnya ada pelbagai cabang seni yang diketengahkan oleh jurugambar. Adanya buat stail candid, ada yang buat stail story-telling atau lebih dikenali sebagai fotonovela dll. Aku? kebanyakkan shoot aku adalah lebih kepada potraiture.

Tiada ulasan: